Semua penapis air Coway dijamin HALAL dan mempunyai sijil JAKIM (>>Klik Untuk Baca Blog Saya Part – 1). Majoriti pengguna Coway pentingkan kualiti air bersih, selamat diminum untuk seisi keluarga daripada klorin, karat, logam berat dan bahan tercemar lain. Sehubungan dengan itu, penapis air juga dapat menghilangkan rasa payau, menyingkirkan warna dan bahan bendasing (logam berat) di dalam air.

Ketika ingin membeli penapis air Coway sebagai pilihan, pertama sekali anda perlu tahu model penapis air manakah yang mengikut keperluan dan kehendak anda. Di Coway, kami mempunyai sebanyak 11 model penapis air termasuk penapis air luar (outdoor)

Di Coway, kami mempunyai sebanyak 11 model penapis air termasuk penapis air luar (outdoor)

Di entry kalini, Ammar kongsikan bahagian kedua tips dalam memilih penapis air yang terbaik dan sesuai untuk keluarga anda.

Tips 1 : Isi Rumah

Pertama sekali anda perlu pastikan berapakah bilangan isi rumah dalam pemilihan penapis air. Jumlah isi rumah harus diambil tahu bagi memastikan tangki model yang sesuai supaya anda dapat bekalan air yang mencukupi untuk keluarga anda. 

Sebab setiap model penapis air Coway mempunyai kapasiti tangki yang tersendiri. Semakin besar isi rumah, semakin besar kapasiti tangki air yang anda diperlukan.

Seperti yang anda lihat gambar di atas, penapis air Coway yang mempunyai fungsi ‘direct flow’ seperti Kecil ini mempunyai teknologi ‘direct’ tanpa tangki (tankless model). Ini adalah kerana air masuk, terus ditapis dan boleh diminum terus tanpa perlu ditapis masuk ke dalam tangki.

Tangki yang paling kecil ialah penapis air Coway model Cinnamon yang berkapasiti 5.0 liter dan model penapis air Coway yang berkapasiti paling besar adalah model Core Plus iaitu 21.1 liter.

Terdapat 3 kumpulan isi rumah dan setiap model penapis air mempunyai kemampuan sendiri untuk menampung bilangan isi rumah :

ISI RUMAH KECIL
5 LITER – Sesuai untuk SEORANG SEHINGGA 5 ORANG isi rumah.
(Cinnamon , Ais, Neo Plus , Kecil , Glaze & Inception)

============

ISI RUMAH SEDERHANA
10 LITER – Sesuai untuk 5 ORANG SEHINGGA 10 ORANG isi rumah.
(Villaem 2 , Harry , Ombak & Lucy Plus)

============

ISI RUMAH BESAR
20 LITER – Sesuai untuk 10 ORANG SEHINGGA 20 ORANG (Core Plus)

Baik , sekarang anda akan lebih jelas di manakah kumpulan isi rumah yang sesuai dengan anda dan model apa yang sesuai untuk anda dan dan keluarga.

Manakala PENAPIS AIR LUAR BAMBOO PLUS tidak mempunyai tangki, dipasang di luar rumah dan masih belum sesuai untuk dibuat minum kerana BAMBOO PLUS hanya menapis kotoran air untuk satu rumah namun anda masih perlukan penapis air INDOOR kerana tapisannya lebih halus.

Jadi , BAMBOO PLUS ini sesuai untuk mandian, masakan, membasuh baju, cucian kereta dan sebagainya.

Jika saudara-mara atau kawan-kawan anda selalu datang ke rumah atau mungkin juga berlakunya terputus bekalan air, ini adalah situasi-situasi di mana anda perlu faham tentang pemilihan jenis model penapis air. Atau salah satu lagi adalah anda selalu buat kenduri atau majlis makan-makan di rumah dan di sini anda kena tahu yang anda memerlukan air yang banyak pada masa tersebut.

Tips 2 : Suhu

 

Salah satu faktor penting dalam memilih penapis air adalah suhu. Majoriti pengguna akan lebih mengutamakan model penapis air yang dilengkapi suhu panas, sejuk dan suhu biasa. Manakala ada segelintir pengguna lebih mengutamakan air bersuhu biasa sebagai air minuman seharian mereka.

MODEL
&
SUHU
CINNAMONNEO PLUSGLAZEKECILVILLAEM 2
BIASA
PANAS 
SEJUK 
SEJUK+    
SUAM   
AIS    
MODEL
&
SUHU
OMBAKINCEPTIONCORE PLUSLUCY PLUSHARRY
BIASA
PANAS
SEJUK
SEJUK+     
SUAM    
AIS   

Jadi Ammar sediakan jadual ini untuk membantu anda supaya lebih jelas tentang model penapis air, fungsi dan suhunya. 

Selain daripada 3 suhu asas (panas, sejuk & suhu biasa) ini, sesetengah model penapis air Coway mempunyai fungsi & suhu tambahan seperti suam, panas yang boleh dilaras, sejuk+ (dua kali ganda suhu sejuk) dan fungsi untuk menghasilkan ais bersih dari air tapisan.

Tips 3 : Model “Best Selling”

Selalunya, bakal pelanggan akan dicadangkan dengan model yang terkenal dan terlaris di pasaran Coway. Ini adalah kerana majoriti bakal pelanggan mempunyai masalah dan penyelesaian yang lebih kurang dari segi bajet dan keperluan.

Mesin penapis air Coway yang dilengkapi teknologi yang canggih dan moden juga mempunyai permintaan yang tinggi. Anda boleh tengok promosi penapis air yang terbaru Coway 2023 yang sentiasa dikemaskinikan oleh Ammar

Jom Ammar tunjukkan model penapis air Coway yang selalu menjadi pilihan hati rakyat Malaysia!

A. NEO PLUS

Dilengkapi dengan 3 suhu asas iaitu panas, sejuk dan suhu biasa, tambahan pula dengan harga yang mampu milik model Neo Plus ini adalah model yang sangat laris di mana menerima tempahan setiap hari.

Neo Plus yang menggunakan tapisan Reverse Osmosis (RO) yang diyakini bersih dan tulen dan model ini mampu menampung keluarga yang kecil tidak melebihi 5 orang.

Promosi yang ditawarkan oleh Coway untuk mesin penapis air Neo Plus ini adalah bayaran serendah RM65 sahaja sebulan. Promosi sehingga stok habis.

>> Boleh Klik Info Promosi Terkini Model Neo Plus

B. VILLAEM 2

Penapis air Coway Villaem 2 adalah di antara model yang sering menjadi pilihan di pasaran sekarang. Reka bentuk barunya yang lebih moden dan canggih membuatkan model 4 suhu ini ideal untuk rumah anda

Jika anda keluarga yang mempunyai anak kecil yang minum susu formula, Villaem 2 mampu membantu anda untuk membancuh sepantas 10 saat sehaja kerana suhu suam nya yang sesuai untuk bancuhan susu bayi. Ia juga sesuai dengan keluarga sederhana kerana kapasiti tangki yang 2 kali ganda besar dari Neo Plus. Sesuai untuk 5 ke 10 orang penggunaan pada satu masa.

Menggunakan sistem tapisan RO di mana airnya diyakini bersih dan selamat dari bendasing dan logam berat. Air yang mudah diserap masuk ke dalam tubuh badan dan tidak membebankan buah pinggang di mana ia sesuai untuk warga emas.

Antara Neo Plus dan Villaem 2? Jika nak jimat, Neo Plus adalah pilihannya. Jika anda nak berbaloi, Villaem 2 adalah pilihan yang paling ideal..

>> Boleh Klik Info Promosi Terkini Model Villaem 2

C. KECIL

Bagi model yang mempunyai harga mampu milik selain Neo Plus, Coway juga mengeluarkan model Kecil sebagai pilihan alternatif kerana ia juga menawarkan pakej harga bulanan bawah RM100. Kecil sangat sesuai untuk ruangan dapur yang kecil dan terhad seperti yang tinggal di rumah flat, condo atau apartment.

Model yang menggunakan teknologi direct tanpa tangki (tankless) dan lengkap dengan 5 pilihan suhu (panas, sejuk, biasa, suam dan kurang panas). Anda boleh keluarkan air panas dan biasa tanpa had. Promosi yang ditawarkan oleh Coway untuk mesin penapis air Kecil ini adalah bayaran serendah RM77 sahaja sebulan. Promosi sehingga stok habis.

>> Boleh Klik Info Promosi Terkini Model Kecil

Tips 4 : Bajet

Salah satu faktor yang penting dalam pemilihan penapis air adalah bajet. Harga penapis air Coway bermula dengan serendah RM65 sebulan sehingga RM190 sebulan dengan kontrak 5 tahun. Manakala untuk belian secara tunai bermula dengan RM2,200 sehingga RM8,000 dengan servis percuma selama 2 tahun.

Tetapkan bajet terlebih dahulu dan anda boleh tengok di bawah di mana Ammar dah senaraikan harga sewa beli dan belian tunai setiap model penapis air Coway mengikut bajet anda.

Apapun berbaik kepada bajet dahulu agar tidak sukar untuk anda ke depan nanti. Pastikan anda mempunyai kemampuan untuk membayarnya setiap bulan secara lancar.

Kesimpulan

Faktor yang mempengaruhi pilihan anda untuk memilih penapis air Coway ini adalah bergantung kepada faktor penggunaan harian anda di rumah. Walau bagaimanapun, Ammar harap yang anda dapat nikmati air yang bersih dan selamat untuk keperluan harian keluarga anda.

Anda boleh pandukan 5 tips pilih penapis air Coway yang Ammar kongsikan ini untuk keputusan yang lebih baik dan tepat. Anda nak jimat dengan promosi Terbaru Coway yang terkini? Anda seharusnya baca cara jimat sebelum beli penapis air Coway.

Sekiranya anda ingin bertanya tentang apa-apa berkaitan produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Ammar terus >> Klik Link Whatsapp Disini

NAK GRAB PROMOSI?

BELI SEKARANG DISKAUN RM200 + FREE GIFT

Isi borang dalam talian di bawah dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin.

Copyright © 2024 Coway (Malaysia). All rights reserved. (735420-H) (AJL931694)

This website owned by Coway Authorized Health Planner