Untuk lebih kepastian, anda boleh terus buat semakan di laman web rasmi halal jakim Malaysia >>https://www.halal.gov.my/v4/

Tips 2 : Spesifikasi Produk

Ramai di antara pembeli penapis air tidak langsung mengendahkan spesifikasi produk sebelum membeli kerana harganya yang murah & merasakan semua penapis adalah sama. Lihat spesifikasi produk sesebuah model itu terlebih dahulu seperti saiz tangki, system tapisannya, suhu air, penggunaan elektrik dan sebagainya kerana ini akan memudahkan anda di kemudian hari.

Mari kita lihat situasi ini untuk lebih jelas.

Encik Ahmad mempunyai isi rumah sebanyak 7 orang iaitu 4 orang dewasa, 1 remaja & 2 anak kecil. Ibu bapa Encik Ahmad suka minum air panas manakala beliau , isteri & anaknya gemar minum air sejuk dan untuk 2 anak kecilnya perlu menggunakan air suam untuk bancuhan susu.

Spesifikasi Model A Model B
Saiz Tangki 11.3 liter 5.8liter
Sistem Tapisan Osmosis Berbalik(R.O) Nanotrap(Mineral)
Bilangan suhu 4 (Suam, panas, sejuk, suhu bilik) 3 (Panas, sejuk, suhu bilik)
Penggunaan elektrik 270W-320W 300W-380W
Penggunaan keluarga 5-8 orang 3-5 orang

Perbezaan spesifikasi antara 2 produk pilihan Encik Ahmad

Antara 2 perbandingan model penapis air ini, pilihan yang terbaik untuk Encik Ahmad adalah Model A kerana saiz tangkinya yang besar cukup untuk kegunaan 7 orang dalam satu masa, system penapisan yang paling halus & bersih iaitu RO, mempunyai 4 suhu dimana mempunyai air suam untuk mudahkan Encik Ahmad bancuh susu anak, air panas untuk kedua orang tuanya, air sejuk untuk kegunaan beliau, isteri & anak dan air suhu bilik untuk kegunaan lain. Kadar penggunaan elektrik pula rendah yang mana dapat lagi menjimatkan poket beliau.

Tips 3 : Harga & Promosi

Ya, saya faham anda juga menitik beratkan soal harga untuk sebuah pelaburan kesihatan ini. Sesudah anda pertimbangkan syarikat air yang mana dan produk yang mana, lihat pula pada harga & promosi yang ada. Kebanyakan syarikat/pengusaha penapis air sekarang memberi anda pilihan sama ada untuk membuat belian terus secara tunai ataupun sewa beli produk mereka dengan tempoh kontrak tertentu.

Terdapat ribuan produk dari serendah puluhan ringgit sehingga ribuan ringgit tetapi anda harus ingat bahawa setiap syarikat, produk & model mempunyai spesifikasi dan servis selepas jualan yang berbeza.

Pilihlah produk yang berbaloi dengan harga & spesifikasi supaya anda rasa sangat – sangat berpuas hati untuk menggunakan penapis air yang dibeli tanpa rasa terbeban membayarnya.

Tips 4 : Servis Selepas Jualan (After Sales Services)

Ini pun antara aspek paling penting di dalam pemilihan penapis air. Sesetengah syarikat penapis air bukan sahaja menjual produk mereka kepada anda tetapi juga memberikan servis selepas jualan untuk memastikan penapis air anda berada di dalam tahap yang selamat & terbaik untuk digunakan.

Antaranya yang anda boleh lihat adalah tempoh waranti, servis mesin berkala, penukaran filter, penukaran spare part & caj kerosakan. Ada yang menawarkan anda secara percuma kerana termasuk di dalam pakej dan ada juga yang anda perlu bayar secara add on jika anda perlukan khidmat tersebut.

Sekali lagi permohonanan saya, pilihlah yang betul – betul memberi anda keuntungan dan kepuasan.

Tips 5 : Pastikan anda berurusan dengan ejen yang sah dan boleh dipercayai

Macam di Coway anda ada saya Ammar ejen sah Coway yang berdaftar atas ID 614889.

Ini adalah ID Kad Staf Ammar yang mengatakan Ammar adalah ejen Coway yang sah.

Jika anda memerlukan konsultansi secara percuma tentang pengurusan dan pemasangan produk Coway boleh TEKAN DISINI untuk whatsapp.

NAK GRAB PROMOSI?

BELI SEKARANG DISKAUN RM200 + FREE GIFT

Isi borang dalam talian di bawah dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin.

Copyright © 2024 Coway (Malaysia). All rights reserved. (735420-H) (AJL931694)

This website owned by Coway Authorized Health Planner